Posts

Spoiler 1

Hai readers, Yunjue dah dah pun published dua bab. Maaf la penulisan agak kelam kabut sebab format lari. Tapi jangan risau, Yunjue akan edit semula cantik-cantik supaya korang boleh feeling gitu. Ha, lepas ni Yunjue ingat nak publish sinopsis novel pulak! Itu pun kalau jumlah view memberansangkan. Excited tak?  Sebelum tu Yunjue nak kenalkan watak utama dalam cerita ni. Tajuk : Keeping It Real Nama FL Ariel Spencer. - Boleh dikatakan perempuan yang rebellious  - Luaran nampak tabah tapi hatinya rapuh  - Berdikari tapi manja  Nama ML William Brennan Smith. - Kenapa nama dia lain macam banyak?  - Ya betul, dia ni budak kacukan 😉 - Juga seorang yang akan buat apa saja demi family Nak tahu selanjutnya..? Keep following my updates okey.

Novel Keeping It Real

BAB 2 Overtime S AMBIL duduk menyandar pada kerusi, Ariel mengurut perut yang kekenyangan, dengan senyuman kepuasan di mulut, beberapa biji pinggan kosong di atas meja ditenung dengan rasa seram.      Betul ka aku yang habiskan semua ni?      “Minta maaf cik, kami nak tutup kedai kejap lagi.”      Suara seorang pekerja mengejutkan Ariel dari lamunan. Dia melihat ke kiri dan ke kanan, rupanya tinggal dia seorang pelanggan di dalam restoran ketika ini.      Selepas membuat pembayaran di kaunter, Ariel meninggalkan tempat itu. Dia belum mahu pulang ke rumah…      Ketika keretanya berhenti di lampu isyarat merah, tiba-tiba dia melihat ada satu papan tanda besar yang bersinar dari arah depan disertai sayup-sayup bunyi muzik rancak. Entah macam mana, dia terdorong untuk memandu ke situ. Selepas meletak kereta, dia berjalan keluar dan melihat rupa-rupanya papan tanda itu adalah nama sebuah kelab malam…      - OVERTIME -      Hah… nama kelab malam itu sungguh cun, saat in

Novel Keeping It Real (2018)

BAB 1 Hanya Kerana Lebah “MAMA , papa, jangan pergi dulu. Mama!!!” Ariel berteriak memanggil mamanya. Dengan air mata yang berjuraian di wajah, dia berlari sepenuh tenaga cuba mengejar mamanya yang semakin menjauh menuju ke arah papanya yang sudah sedia menunggu. Ariel terduduk kepenatan diiringi nafas yang tercungap-cungap. Bayangan kedua orang tuanya sudah lesap. Kemudian dia menangis semahu-mahunya, senyuman di wajah mereka terpahat di ingatan Ariel. “Mama…, Ari belum ucapkan terima kasih…” rintihnya sayu. Terasa kesal kerana tidak berkesempatan menyapa mama mahupun papanya. “Mama!!!” Serentak dengan teriakan itu, Ariel terbangun dari tidur. Dia duduk sambil mengesat wajah yang basah dengan air mata sambil melepaskan sebuah keluhan berat. Kebelakangan ini dirinya kerap diundang mimpi yang sama, mungkin kerana kerinduan terhadap kedua orang tuanya sudah tidak lagi dapat dibendung. Jam loceng di tepi katil menunjukkan lagi beberapa minit ke pukul 5.30 pagi. Ariel be